Sindrom 'Carpal Tunnel' atau Kebas pada tangan yang sering berlaku pada ibu hamil termasuklah kepada Akma sendiri.
Simptom 'Carpal Tunnel'
Sejak Akma hamil di Trimester ke-3 ni, Akma sering alami kebas-kebas di jari-jemari terutamanya bila bangun dari tidur. Maklumlah, tidur di usia kehamilan sekarang memang amatlah kurang selesa. Kadang-kadang tidur atas sofa mengadap tv sampai ke tengah malam. Terjaga je, tengok tangan dah terjuntai ke bawah menghampiri lantai. Start nak angkat tangan tu dahla lenguh semacam, lepas tu jari-jemari rasa kebas sungguh.
Nak taknak mesti bangun jugak, jari-jemari Akma tegangkan dengan sekuat hati. Opps, sangatlah sakit sebenarnya tapi tindakan tu kadang-kala di luar kawalan . Baru bangun tidur kan, mesti rasa cam mamai, mata separuh buka je, pastu jari-jemari rasa kebas macam susah nak dibuka. buat senaman ringan sikit untuk melonggarkan sendi-sendi yang kebas ni dengan mematahkan jari-jemari ni ~opss bukan patahkan tapi meliuk lentokkan jari sampai bunyi, jadi kuranglah sikit kebasnya.
Punca Sindrom 'Carpal Tunnel'
Secara saintifiknya, keadaan ini berlaku kerana pada bahagian sendi di pergelangan tangan terdapat satu terowong di mana terletaknya saluran darah serta saluran saraf yang memberikan rasa pada kawasan tangan. Apabila berlaku bengkak air (water retention), kawasan ini akan sempit dan saraf 'median' yang menyarafi bahagian tangan akan tertekan sehingga menyebabkan kekebasan pada kawasan tangan.
Selain terjadi kepada wanita hamil, atas faktor keadaan kesihatan yang tertentu juga boleh terjadinya simptom ini iaitu perubahan hormon seperti gangguan tiroid, obesiti dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga.
Rawatan Sindrom 'Carpal Tunnel'
Gejala ini akan hilang selepas bersalin berikutan surutnya bengkak pada seluruh tubuh. Dalam sesetengah keadaan di mana kekebasan menjadi sangat teruk, pembedahan kecil boleh dilakukan pada bahagian sendi pergelangan tangan.Pembedahan? Isk..ngeri kan tapi kalau dah teruk sangat, sanggupkan aje kan~
Tips untuk ibu hamil yang mengalami Sindrom 'Carpal Tunnel'
Sekiranya ibu-ibu hamil tadi mempunyai sedikit masa sebelum ke tempat kerja, gantungkan kedua-dua tangan kita supaya berada di atas daripada kepala. Ini akan menyebabkan air turun ke bawah mengikut prinsip graviti. Ini akan mengurangkan bengkak pada pergelangan tangan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf.
No comments:
Post a Comment