Lafaz

Adalah saya Abdul Bary b. Abdul Rahim suami kepada Noorakmar bt Othman yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin RM2,152.00 tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam

Sunday, October 19, 2014

kerja

Mama wafy dh start kerja baru. Mama wafy kerja kat Songconst Construction as a Quantity Surveyor. mama wafy rasa bahagia kerana jarak tempat kerja ke rumah hanya 16.9km  iaitu 23 minit berbanding tempat kerja lama sejauh 37.6km mengambil masa 39 minit.



dulu hari2 mama wafy naik moto. lani ok jer kalau naik kereta hari2.. :)

Demam Campak



Assalamualaikum, dah lama mama wafy x update blog demi kebahagiaan kita ni. Mama Wafy nak kongsi tentang penyakit demam campak. wafy bary jer baik demam campak. dia jadi naik bintik2 kecil halus2 warna merah. demam campak ni macam jadi ruam2 jer bukan yang besar2. mula2 wafy demam, batuk, selesema x hilang2. pergi jumpa doktor, doktor kata biasa2 saja.

Menurut orang yang mengasuh wafy, dia telah bagi wafy makan sup ayam. setelah itu barulah campak tu keluar. Ambil air tawar. barulah bintik2reda dan wafy dapat tidur dengan selesanya. :)

Sunday, March 30, 2014

PAKAIAN BAYI (atas pengalaman saya)

Berdasarkan pengalaman Muhammad Abdul Wafy b. Abdul Bary anak tersayang.

Pakaian bayi:

1) Baju Lengan Panjang 2 helai
2) Baju Lengan Pendek 3 helai
3) Baju lubang2 lengan 3 helai
4) Seluar panjang 5 helai
5) Seluar pendek 3 helai
6) Barut 6 helai (brand FIFFY saiz lebih panjang) bertali 2 / zipzap 5
7) Sarung tangan / kaki 6 set (banyakkan yg lubang2 )
8) Kain lampin ( kalau boleh kosong a.k.a putih sebab boleh nampak semut ) 8-10 helai
9) Tuala  Anakku/Pureen (better warna putih @cerah) 2 helai
10) Topi 1-2 helai
11) Pampers size newborn (saya pakai Drypers) terpulanglah 1 bungkus

p/s: Saya sarankan ambil saiz 0-6 month @ 3-6 month sebab baby cepat besar. lagi satu pilih material yg lembut. murah xpe tapi kain mesti x tebal sbb sekarang ni panas. xpayah beli banyak sangat nanti lepas pantang keluar beli lain sbb baby cepat besar.Wafy tambah 

Peralatan Tidur

1) Tilam 1
2) Lapik tilam 1
3) bantal tidur 1 (ada lubang) / bantal kekabu 1

4) kelambu
5) Selimut (ada hood x payah pki topi) 1 helai

Peralatan Penyusuan Bayi

1) Botol 2 Oz 1 (BPA Free)
2) Botol 4 Oz 1 (BPA Free)
3) Breast pump (jika perlu)
4) Susu (saya guna Anmum langkah 1) try pek kecil dulu sesuai @ tak.
5) berus botol
6) Sabun cuci botol (Pureen) - Menanggalkan lemak susu 1
Termometer - Aku beli Ear termometer..senang nk cek..klau guna ...
P/s: Penyusuan susu ibu adalah yg terbaik

Peralatan Mandi

1) Besen mandi (prefer bulat dari bujur) 1
2) Sabun mandi (Anakku / sebamed)
3) Syampu (Anakku)
4) Bedak bayi (Anakku & bedak sejuk)
5) Minyak telon
6) Minyak angin kembung perut / minyak celak
7) Tisu basah @ Baby wipes (saya guna FIFFY)

8) Sabun basuh


Lain-lain (Jika rasa perlu)
1) Baby bouncer (kalau boleh lubang2 lagi baik. sejuk ... baby tidur lebih lama. x panas
 (Wafy pun org bg hadiah)
Photo: Lepas mandi trust Tidur. Tgu abah balik keja je kita p jenjalan OK.
2) Katil (saya x guna pun)
3) Buaian RM120.00 c/w engine henjut RM165.00 (Wafy guna)
4) Bakul (Wafy guna untuk naik kereta perjalanan dekat/jauh)
5) Beg bayi (perlu untuk ke klinik, jalan jauh, rumah pengasuh dsbnya) - x beli pun x pe slalu org bg hadiah.. wafy dapat 3 bag. nasib baik x beli... kikikiki...

6) Baby car seat. (tunggu baby boleh duduk dulu baru beli la.
7) Stroller (belum tentu anak nak duduk) wafy guna bakul je letak dalam troli pasaraya... hihi jimat bajet. wafy sebenarnya ada stroller makngah dia bagi x try lagi.





Tuesday, March 25, 2014

Cara Menyusukan Bayi

Teknik Menyusukan Bayi
  1. Kedudukan badan
    • Pastikan anda selesa. bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau anda duduk bersandar di atas kerusi
    • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah ia mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membonkok sehingga terlalu rapat denan bayi
    • Gunakan bantal, kusyen atau bahan yang lembut untuk bersandar atau merehatkankaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan
  2. Cara memegang bayi
    • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari
    • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
    • bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu
  3. Cara memegang payudara 
    • Cara yang betul adalah Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
    • Cara yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
    Posisi Penyusuan
    1. Posisi mendukung/buai
      • Ibu duduk memangku bayi dengan lengan
      • muka dan kepala bayi menghadap payudara 
    1. Posisi mendakap/di sisi
      1. ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar
      2. ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala
      3. pastikan runag mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya
    1. Posisi mendukung bersilang/bersilang buai
    • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi. Ibu juga boleh mengawal kepalanya
    • Posisi ini sesuai untuk bayi pramatang yang sukar untuk melekap
    1. Posisi baring
      • bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat  ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak berehat
    Penyusuan pasangan kembar
      • Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak
    PelekapanCara yang betul menyusukan bayi
    • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
    • gerakkan badan bayi ke arah payudara
    • pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
    • pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
    Cara pelekapan yang betul
    • mulut bayi terbuka luas
    • dagunya mencecah payudara
    • bibir melekup keluar
    • pipi gelembung
    • payudara nampak penuh dan bulat
    • terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
    Cara pelekapan yang salah
    • dagu bayi jauh
    • tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi
    • dagu tidak menyentuh payudara
    • ibu rasa sakit
    • payudara bolehbengkak dan puting luka

MOI @ BUBUR NASI



Photo: Bubur Lemak

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras dimasak dengan 5 cawan air.
sedikit halia diketuk
1/2 cawan ikan bilis direndam sebentar dan tumbuk halus
2 ulas bawang putih diketuk
sedikit karot didadu
sedikit kacang panjang dihiris halus atau kacang peas
1/2 biji kentang didadu
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

***kicap pedas jika suka

Cara membuatnya:

1. Masak beras hingga lembut dan menjadi bubur. Perlahankan api.Masukkan ikan bilis, bawang dan sayuran. Didihkan dan biar kentang empuk.
2.Masukkan santan dan garam. Tutup api dan sedia dinikmati.

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras dimasak dengan 5 cawan air.
sedikit halia diketuk
1/2 cawan ikan bilis direndam sebentar dan tumbuk halus
2 ulas bawang putih diketuk
sedikit karot didadu
sedikit kacang panjang dihiris halus atau kacang peas
1/2 biji kentang didadu
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

***kicap pedas jika suka

Cara membuatnya:

1. Masak beras hingga lembut dan menjadi bubur. Perlahankan api.Masukkan ikan bilis, bawang dan sayuran. Didihkan dan biar kentang empuk.
2.Masukkan santan dan garam. Tutup api dan sedia dinikmati.

BUBUR HITAM

BAHAN-BAHAN :

1 cawan pulut hitam
4 cawan air - tambah kalau pulut tak cukup kembang
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya - ikut citarasa masing-masing
Santan kelapa secukupnya - ikut selera masing-masing
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersihkan pulut hitam dan rebus pulut hitam sampai kembang dan sampai air rebusan tinggal sikit .

Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk berisi pulut yang sudah kembang tadi kemudian masukkan gula melaka secukupnya , daun pandan , gula pasir secukupnya dan 1/4 sudu garam (ikut pada citarasa masing-masing) . Hidupkan api dapur dan kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi .

Biarkan bubur masak serta mendidih , sekali -sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

BUBUR SUM SUM

Photo: Bubur Sum Sum

Bahan2:

1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)

Cara2:
1. Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan  dengan api sederhana.
2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan  tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
3. Bila dah puas hati, tutup api. Mama ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.
4. Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
5. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.
Cara buat kuah gula merah ala Jordan:
1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma)..kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.
Bahan2:
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)

Cara2:
1. Campurkan semua bahan2 tadi kecuali pewarna dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana.
2. Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
3. Bila dah puas hati, tutup api. Mama ambil 1/3 adunan untuk dicampur dengan warna hijau. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas. Biarkan 2-3 minit..sambil tu kacau baki adunan agar tidak memekat.
4. Tuangkan baki adunan pada lapisan hijau tadi dan biarkan sejuk.
5. Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.
Cara buat kuah gula merah ala Jordan:
1 cawan gula dimasak dan dijadikan gula hangus. Bila sudah keperangan masukkan 1 cawan air dan 1/2 cawan dibs (madu kurma)..kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.

Tuesday, February 18, 2014

berurut dan bercukur

Berurut untuk mama dan bercukur rambut Wafy dilakukan pd hair ke18. Disempurnakn oleh Tok Cik  Sodah.



before


after

kuning

Kesian anak mama Wafy Sbb admit di wad 1, Hospital Seberang Jaya SBB kuning bacaan 225. Kena duk dlm chya biru n pakai ray ban.. Masa ni mama Sgt sedih sbb hair ke3 Baru mama dpt jumpa anak mama ni SBB mama pun baru keluar ICU. Tapi mama syukur SBB adik Sgt comel Dan abah ulang alik  me law at Kita. Love u Abah.




15.01.2014 putera sulung

Tanggal 15.01.2014 lahirlah outer a sulung kami yang diberi nama Muhammad Abdul Wafy Bin Abdul Bary. Seberat 3.67kgs. Dilahirkan pd pukul 2240 @ 10.40pm hri Rabu di Hospital Seberang Jaya Penang.