Lafaz

Adalah saya Abdul Bary b. Abdul Rahim suami kepada Noorakmar bt Othman yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin RM2,152.00 tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam

Tuesday, November 19, 2013

Mee Jawa











MEE JAWA
Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning (dicelur)
100 gm tauge
200 gm udang
200 gm daging (dihiris)
100 gm sawi (dihiris)
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)
1 mangkuk stok daging
2 biji keledek (rebus & dilecek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
Garam & minyak masak

Cara Menyediakan:
Panaskan minyka masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan stok daging, keledek & daging. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sawi, fish cake & garam. Biarkan merenih hingga mendidih. Angkat & hidangkan.

Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng & cili hiris.

Wednesday, November 13, 2013

Simptom " carpal tunnel"

 Sindrom 'Carpal Tunnel' atau Kebas pada tangan yang sering berlaku pada ibu hamil termasuklah kepada Akma sendiri.

Simptom 'Carpal Tunnel'

Sejak Akma hamil di Trimester ke-3 ni, Akma sering alami kebas-kebas di jari-jemari terutamanya bila bangun dari tidur. Maklumlah, tidur di usia kehamilan sekarang memang amatlah kurang selesa. Kadang-kadang tidur atas sofa mengadap tv sampai ke tengah malam. Terjaga je, tengok tangan dah terjuntai ke bawah menghampiri lantai. Start nak angkat tangan tu dahla lenguh semacam, lepas tu jari-jemari rasa kebas sungguh.

Nak taknak mesti bangun jugak, jari-jemari Akma tegangkan dengan sekuat hati. Opps, sangatlah sakit sebenarnya tapi tindakan tu kadang-kala di luar kawalan . Baru bangun tidur kan, mesti rasa cam mamai, mata separuh buka je, pastu jari-jemari rasa kebas macam susah nak dibuka. buat senaman ringan sikit untuk melonggarkan sendi-sendi yang kebas ni dengan mematahkan jari-jemari ni ~opss bukan patahkan tapi meliuk lentokkan jari sampai bunyi, jadi kuranglah sikit kebasnya.


Punca Sindrom 'Carpal Tunnel'

Secara saintifiknya, keadaan ini berlaku kerana pada bahagian sendi di pergelangan tangan terdapat satu terowong di mana terletaknya saluran darah serta saluran saraf yang memberikan rasa pada kawasan tangan. Apabila berlaku bengkak air (water retention), kawasan ini akan sempit dan saraf 'median' yang menyarafi bahagian tangan akan tertekan sehingga menyebabkan kekebasan pada kawasan tangan.

Selain terjadi kepada wanita hamil, atas faktor keadaan kesihatan yang tertentu juga boleh terjadinya simptom ini iaitu perubahan hormon seperti gangguan tiroid, obesiti dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga.

Rawatan Sindrom 'Carpal Tunnel'

Gejala ini akan hilang selepas bersalin berikutan surutnya bengkak pada seluruh tubuh. Dalam sesetengah keadaan di mana kekebasan menjadi sangat teruk, pembedahan kecil boleh dilakukan pada bahagian sendi pergelangan tangan.Pembedahan? Isk..ngeri kan tapi kalau dah teruk sangat, sanggupkan aje kan~

Tips untuk ibu hamil yang mengalami Sindrom 'Carpal Tunnel'

Sekiranya ibu-ibu hamil tadi mempunyai sedikit masa sebelum ke tempat kerja, gantungkan kedua-dua tangan kita supaya berada di atas daripada kepala. Ini akan menyebabkan air turun ke bawah mengikut prinsip graviti. Ini akan mengurangkan bengkak pada pergelangan tangan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf.


Thursday, November 7, 2013

CUTI BERSALIN


Syarat2 mendapatkan elaun bersalin
  • Melahirkan anak setakat lima (5) orang yang masih hidup
  • Digajikan pada mana-mana hari dalam tempoh empat (4) bulan sebelum bersalin
  • Digajikan sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari dalam tempoh mengandung
  • Melahirkan anak yang berlaku selepasnya sekurang-kurangnya 22 minggu hamil samada hidup atau mati
  • Perlu memaklumkan tentang kehamilannya kepada majikan
Adakah cuti bersalin boleh diambil dari tarikh cuti besalin

  • Cuti bersalin boleh diambil lebih awal apabila mendapat pengesahan dari pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan (30 hari). Pekerja tersebut boleh mengambil cuti bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas (14) hari sebelum tarikh bersalin
Berapa hari gaji cuti bersalin boleh diterima?

  • 60 hari berterusan
Berapa anak yg layak menerima elaun cuti bersalin?

  • 5 orang anak yg masih hidup
Rujukan: Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia.