Lafaz

Adalah saya Abdul Bary b. Abdul Rahim suami kepada Noorakmar bt Othman yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin RM2,152.00 tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam

Friday, June 15, 2012

Peraturan am borang permohonan


Peraturan Am

  1. Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akad nikah.
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu menghadiri kursus pra perkahwinan sekali lagi.
  5. Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melalui emunakahat.penang.gov.my.

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Lelaki)

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Perempuan)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Perempuan)

No comments:

Post a Comment