Lafaz

Adalah saya Abdul Bary b. Abdul Rahim suami kepada Noorakmar bt Othman yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin RM2,152.00 tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam

Sunday, October 19, 2014

kerja

Mama wafy dh start kerja baru. Mama wafy kerja kat Songconst Construction as a Quantity Surveyor. mama wafy rasa bahagia kerana jarak tempat kerja ke rumah hanya 16.9km  iaitu 23 minit berbanding tempat kerja lama sejauh 37.6km mengambil masa 39 minit.



dulu hari2 mama wafy naik moto. lani ok jer kalau naik kereta hari2.. :)

Demam Campak



Assalamualaikum, dah lama mama wafy x update blog demi kebahagiaan kita ni. Mama Wafy nak kongsi tentang penyakit demam campak. wafy bary jer baik demam campak. dia jadi naik bintik2 kecil halus2 warna merah. demam campak ni macam jadi ruam2 jer bukan yang besar2. mula2 wafy demam, batuk, selesema x hilang2. pergi jumpa doktor, doktor kata biasa2 saja.

Menurut orang yang mengasuh wafy, dia telah bagi wafy makan sup ayam. setelah itu barulah campak tu keluar. Ambil air tawar. barulah bintik2reda dan wafy dapat tidur dengan selesanya. :)